BISIK / PANDUAN INSTALL
Mula guna Bisik di Mac
Empat langkah dari download sampai ayat pertama. Biar panduan ini terbuka semasa anda setup.
Muat turun dan install
Gunakan butang download di atas, buka fail DMG, kemudian seret Bisik ke Applications. Buka Bisik dari Applications. Enjin suara dan model sudah disertakan; tak perlu install developer tools.
Baca amaran kali pertama
Beta ini belum dinotarize oleh Apple. Jika macOS tak dapat sahkan developer, semak dahulu bahawa download datang dari bisik.co. Hanya jika anda percaya sumber itu dan mahu teruskan: selepas cuba buka Bisik, pergi ke System Settings → Privacy & Security → Open Anyway, kemudian sahkan Open. Berhenti jika amaran menyebut app rosak atau akan membahayakan komputer. Baca panduan Apple ↗
Benarkan Bisik dengar suara
Benarkan Microphone dan Accessibility apabila diminta. Microphone untuk mendengar suara; Accessibility untuk menaip dalam app lain. Semak Dashboard → Tetapan (Settings) jika ada permission tertinggal. Cari ikon Bisik di menu bar.
Cuba satu ayat pendek
Buka Notes, klik ruang teks kosong, kemudian tahan Right ⌥ Option. Cakap “Meeting esok pukul tiga.” Lepas kekunci dan tunggu teks muncul. Ini hotkey lalai; gunakan pilihan anda jika sudah ditukar. Tekan Esc semasa merakam untuk batal.
BANTUAN RINGKAS
Belum menjadi? Cuba ini.
Tahan kekunci, tapi tiada apa berlaku
Pastikan Bisik berjalan dan enjin suara sedia. Semak Microphone dan Accessibility dalam Dashboard → Tetapan (Settings), kemudian semak hotkey yang dipilih.
Teks tak muncul
Klik dalam ruang teks yang boleh ditaip dan cuba lagi. Jika transkrip ada dalam clipboard, tampal dengan ⌘V.
Ayat pertama ambil masa
Model suara local perlukan masa untuk dimuatkan. Tunggu status sedia, kemudian cuba ayat pendek. Kelajuan pemprosesan bergantung pada komputer anda.
Masih tersangkut
Beritahu OS, versi Bisik, app tempat anda menaip dan mesej amaran atau masalah sebenar. Contoh ringkas sangat membantu.
Masih perlukan bantuan?
Sediakan laporan yang jelas dalam seminit.