BISIK / PANDUAN INSTALL
Mula guna Bisik di Windows
Empat langkah dari download sampai ayat pertama. Biar panduan ini terbuka semasa anda setup.
Muat turun dan install
Gunakan butang download di atas untuk mendapatkan Bisik-win-Setup.exe. Buka installer dan ikut arahannya, kemudian buka Bisik dari Start menu. Enjin suara dan model sudah disertakan; tak perlu install developer tools.
Baca amaran kali pertama
Installer beta ini belum signed. SmartScreen mungkin paparkan “Windows protected your PC”. Semak bahawa fail datang dari bisik.co. Jika anda percaya sumber itu dan mahu teruskan, semak More info → Run anyway jika tersedia. Jika komputer kerja atau Smart App Control menyekat install, rujuk pihak IT; kekalkan perlindungan keselamatan. Baca panduan Microsoft ↗
Benarkan Bisik dengar suara
Benarkan akses microphone jika Windows meminta. Cari Bisik di system tray (termasuk ikon tersembunyi). Tunggu enjin suara sedia sebelum mencuba. Buka dashboard dengan Ctrl + Alt + D.
Cuba satu ayat pendek
Buka Notepad, klik ruang teks kosong, kemudian tahan Right Ctrl. Cakap “Meeting esok pukul tiga.” Lepas kekunci dan tunggu teks muncul. Ini hotkey lalai; gunakan pilihan anda jika sudah ditukar. Tekan Esc semasa merakam untuk batal.
BANTUAN RINGKAS
Belum menjadi? Cuba ini.
Tahan kekunci, tapi tiada apa berlaku
Pastikan Bisik berjalan di tray dan enjin sedia. Semak hotkey yang dipilih dan akses microphone dalam Windows Settings.
Teks tak muncul
Klik dalam ruang teks yang boleh ditaip dan cuba lagi. Jika transkrip ada dalam clipboard, tampal dengan Ctrl+V. Windows boleh menyekat auto-paste ke app yang berjalan sebagai Administrator.
Ayat pertama ambil masa
Model suara local perlukan masa untuk dimuatkan. Tunggu status sedia, kemudian cuba ayat pendek. Kelajuan pemprosesan bergantung pada komputer anda.
Masih tersangkut
Beritahu OS, versi Bisik, app tempat anda menaip dan mesej amaran atau masalah sebenar. Contoh ringkas sangat membantu.
Masih perlukan bantuan?
Sediakan laporan yang jelas dalam seminit.