Bisik

Taip guna mulut.

Dictation Mac yang faham Melayu campur English. Tekan satu kekunci, cakap seperti biasa, teks terus muncul di kursor. Semuanya kekal dalam Mac anda.

MacBook di atas meja kayu dengan cawan kopi, cahaya pagi yang lembut
Percuma masa beta Apple Silicon (M1-M4) macOS 13+ Tiada akaun diperlukan

Anda cakap rojak. Aplikasi lain asyik nak "betulkan".

Kita cakap Melayu campur English sepanjang hari. "Boss, saya dah reply email tu." Perkara biasa. Tapi kebanyakan aplikasi dictation memaksa anda memilih satu bahasa, kemudian menukar "reply" jadi "balas", "meeting" jadi "mesyuarat". Bisik menaip apa yang anda sebut, seperti anda menyebutnya. English kekal English.

muat turunjadidownload
mesyuaratjadimeeting
tarikh akhirjadideadline
kemas kinijadiupdate

Tekan, cakap, lepas.

01

Tahan Right ⌥

Boleh digunakan dalam mana-mana aplikasi: Mail, WhatsApp, Notes, Slack, editor kod.

02

Cakap macam biasa

Melayu, English, rojak, laju pun tidak mengapa. Bisik dengar betul-betul.

03

Lepas butang

Dalam 1-2 saat, teks bersih terus keluar di kursor. Tiada copy paste diperlukan.

Suara anda tidak keluar dari Mac ini.

Bisik memproses suara terus dalam Mac anda menggunakan model Whisper. Tiada cloud, tiada pelayan, tiada rakaman disimpan di mana-mana. Tidak percaya? Cabut WiFi dan guna seperti biasa. Ia tetap berfungsi.

Tiada cloud Tiada akaun Tiada rakaman Tiada penjejakan
SAMBUNGAN KELUAR0
DATA DIHANTAR0.00 KB
WiFi ON

Tekan suis itu untuk cabut WiFi. Bisik tetap berfungsi, sebab memang tiada apa yang perlu dihantar.

Ini yang anda sebut. Ini yang ia taip.

Awak sebut

"Eh jom lunch, saya lapar dah nak makan."

Eh jom lunch, saya lapar dah nak makan.

Awak sebut

"Meeting tu reschedule ke Friday, saya ada clash dengan client call."

Meeting tu reschedule ke Friday, saya ada clash dengan client call.

Awak sebut

"Tolong follow up dengan vendor tu, deadline kita minggu depan."

Tolong follow up dengan vendor tu, deadline kita minggu depan.

Awak sebut

"Draft tu okay dah, cuma tukar tone jadi lebih casual sikit."

Draft tu okay dah, cuma tukar tone jadi lebih casual sikit.

Setiap perkataan English kekal English. Bukan "follow up" jadi "ikut naik".

Tangan menaip di MacBook di kaunter kopitiam, kopi ais dan kuih di sebelah

Dibina oleh GigVenture.

GigVenture ialah syarikat latihan GenAI dari Malaysia. Kami bina Bisik kerana kami sendiri menggunakannya setiap hari, dan tidak selesa menghantar suara ke pelayan orang lain. Jadi kami bina yang menaip ikut cara kita bercakap, dan kekal diam dalam Mac anda.

Soalan lazim

Bagaimana saya tahu ia betul-betul on-device? +

Cabut WiFi dan guna Bisik. Jika ia tetap berfungsi (dan memang akan berfungsi), maknanya tiada apa yang dihantar keluar. Anda boleh mengujinya sendiri dalam 5 saat.

Adakah data saya disimpan? +

Tidak. Suara diproses menjadi teks, teks keluar di kursor, dan audio terus hilang. Tiada pangkalan data, tiada sandaran cloud, tiada pelayan kami dalam proses ini.

Kenapa percuma? Apa "catch" dia? +

Buat masa ini Bisik dalam fasa beta, jadi percuma. Kami tidak menjual data anda kerana kami memang tidak pernah memegang data anda.

Adakah Mac saya sesuai? +

Jika Mac anda Apple Silicon (M1 hingga M4) dengan macOS 13 ke atas, ya. Intel Mac belum disokong kerana kami memerlukan Neural Engine untuk pemprosesan pada peranti yang laju.

Kenapa saiz muat turun besar (~780MB)? +

Kerana model AI penuh disertakan sekali dan terus kekal dalam Mac anda. Itulah sebabnya Bisik boleh berfungsi tanpa internet. Muat turun sekali sahaja, selepas itu offline pun boleh.

Cuba Bisik. Percuma masa beta.

Muat turun, berikan kebenaran mikrofon, terus guna. Tiada akaun diperlukan, tiada internet diperlukan selepas muat turun.

Apple Silicon. macOS 13+. Kemas kini automatik.